Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com
|
Sunday, February 26, 2006

[[Dengarlah rintihanku ini!]]

1) Bekas penagih harus diberi peluang kedua oleh keluarga dan masyarakat. Bincangkan.
2) Rujuk tajuk artikel berita yang kamu baca. Terangkan maksud 'bekas penagih lupa tongkat.'

Saya berpendapat bahawa bekas penagih itu harus diberi peluang kedua oleh keluarga dan juga masyarakat kerana ada di antara bekas penagih tersebut berusia muda. Mereka masih ada harapan untuk kembali ke pangkal jalan yang benar dan berpeluang untuk berjaya dalam kehidupan. Saya rasa kebanyakkan di antara mereka telah insaf setelah dimasukkan ke dalam pusat pemulihan. Mereka pasti kesal dengan tindakkan mereka yang memalukan bukan sahaja keluarga tetapi juga bangsa. Saya juga berasa bahawa bekas penagih dadah yang berusia muda juga mengambil dadah kerana didesak teman-teman ataupun ingin mencuba sesuatu yang belum pernah mereka mengalami dan yang mereka menganggap "cool".
Pendapat saya yang kedua, bekas penagih mengambil dadah untuk melarikan diri daripada masalah yang mereka hadapi. Mereka berpaling kepada dadah untuk menenangkan fikiran mereka yang terlalu tertekan dengan masalah tersebut. Disebabkan tekanan di fikiran mereka, mereka lupa akan keburukkan mengambil dadah. Kebanyakkan di antara mereka akan ke pangkal jalan yang benar jikalau masalah tersebut telah diselesaikan dan mereka tidak lagi dalam keadaan kebingunan.
Oleh itu, saya rasa masyarakat dan ahli keluarga harus memberi merka peluang kerana mereka kadang kala terjeremus ke dalam dadah tanpa mereka menyedarinya. Mereka selalu sedar apabila keadaan sudah terlambat dan mereka pun telah kemaruk. Mereka tidak dapat hidup tanpa dadah. Kita harus memberi merka peluang untuk memulihkan keyakinan mereka yang telah di isi dengan sebuah titik hitam di sejarah kehidupan mereka. jika kita tidak mahu bersimpati dengan mereka juga, kita harus memikirkan tentang ahli keluarga mereka. Mereka tidak bersalah. Jika si penagih dadah yang menguruskan keluarganya, sudah tentu keadaan keluarga tersebut tidak tentu arah. selain itu, mereka masih berpotensi untuk memajukan negara jika mereka benar-benar insaf apabila kita memberi peluang, kerana masa hadapan meraka masih cerah oleh sebab mereka dapat menambahkan ilmu mereka di sekolah. mereka tetap ahli masyarakat kita juga dan kita harus memaafkan kesalahan meraka kerana tidak semua manusia itu sempurna. Tajuk ' penagih lupa tongkat' ini bermaksud seorang bekas penagih yang melupakan seseorang yang cuba membimbing mereka ke pangkal jalan yang benar. "tongkat" disini bermaksud kepada seseorang itu. Bekas penagih dadah tersebut lupa akan jasa seseorang itu dan akan kembali ke tabiat buruknya untuk mengambil dadah walaupun telah dibimbing. Perbuatan mereka ini ibarat 'kacang melupakan kulit".






[[Trapped Behind The Windows]]*|7:27 PM|

*Memperkenalkan*

Name:Diyana NurFarisha
Bdae:23rd May 1991
Nicks:shasha/risha
Skool:ex-evps,jyss
Contact:***********

*Memoriku yang terindah*

|February 2006|April 2006

*Rintihan kita*

*Kenalanku*

mr jae.
3e3.
kent.
diyana.
elson.
amanda.
fadhil.
faiz.
fatin.
gladys.
izwan.
Farah.
de li.
jing xin.
kay xian.
mei yi.
monica.
pearl an.
raihanah.
ranson.
ron.
ronney.
see wee.
samantha.
shu mei.
stacey.
su hui.
wei ling.
xue lian.
yan hao.
yong keong.
ananda.
sharifah naseha.
syaza ncc.
clarrissa.
desi.
axt.
eunice
shamzikky.
ria.
tiffany.
sharfirin.
li qiang.
priscilla.
grace.
shaun.
syaza.
sarena.
jamilah.
felina.
2E1.
ndiy.
tya.
candy.
delaila.
yusneeta.
Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com

[[*Credits*]]

|Ev0nE's World Of Emptyness|
|Ev0nE's Fairyland|
|Ev0nE's Tutorials|
|Blogskins|
|Blogger|

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com