Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com
|
Wednesday, April 19, 2006

[[Dengarlah rintihanku ini!]]

' Remaja harus diberi kebebasan keluar untuk bersama teman-teman tanpa had/batas waktu. Beri pandangan kamu mengenai kenyataan ini.'

Pada pandangan saya remaja tidak harus diberi kebebasan keluar bersama teman-teman tanpa had ataupun batas. Ada beberapa faktor yang boleh diketengahkan untuk menyokong pandangan saya tentang isu ini.

Pertama, para remaja masa kini mudah dipengaruh oleh teman-teman sebaya mereka.Mereka mudah dipengaruh kerana mereka belum matang disebabkan usia dan akan mudah melakukan apa sahaja perkara yang dilakukan oleh teman mereka tanpa memikirkan tentang akibatnya walaupun mereka tahu akan keburukkannya. Salah satu contoh yang amat ketara pada masa kini adalah merokok dan mencuri.

Kedua, mereka akan lebih banyak menghabiskan masa mereka dangan berfoya-foya bersama teman -teman mereka. Masa ini dapat diganti dengan melakukan perbuatan yang lebih berfaedah seperti mengulangkaji pelajaran.

Ketiga, jika remaja diberi kebebasan keluar bersama teman-teman tanpa had selalu, mereka akan mengambil kesempatan akan kepercayaan dan kebebasan yang diberi orang tua mereka. Contohnya, mereka akan pulang lewat malam. Walaupun mereka dimarah, mereka tidak akan menghiraukannya kerana ia sudahpun menjadi tabiat mereka. Jika orang tua menghadkan kebebasan mereka selepas itu, mereka akan mengatakan bahawa orang tua mereka mengongkong kehidupan mereka.

Saya mengakhiri pandangan saya disini.

[[Trapped Behind The Windows]]*|6:56 PM|

|

Sunday, February 26, 2006

[[Dengarlah rintihanku ini!]]

1) Bekas penagih harus diberi peluang kedua oleh keluarga dan masyarakat. Bincangkan.
2) Rujuk tajuk artikel berita yang kamu baca. Terangkan maksud 'bekas penagih lupa tongkat.'

Saya berpendapat bahawa bekas penagih itu harus diberi peluang kedua oleh keluarga dan juga masyarakat kerana ada di antara bekas penagih tersebut berusia muda. Mereka masih ada harapan untuk kembali ke pangkal jalan yang benar dan berpeluang untuk berjaya dalam kehidupan. Saya rasa kebanyakkan di antara mereka telah insaf setelah dimasukkan ke dalam pusat pemulihan. Mereka pasti kesal dengan tindakkan mereka yang memalukan bukan sahaja keluarga tetapi juga bangsa. Saya juga berasa bahawa bekas penagih dadah yang berusia muda juga mengambil dadah kerana didesak teman-teman ataupun ingin mencuba sesuatu yang belum pernah mereka mengalami dan yang mereka menganggap "cool".
Pendapat saya yang kedua, bekas penagih mengambil dadah untuk melarikan diri daripada masalah yang mereka hadapi. Mereka berpaling kepada dadah untuk menenangkan fikiran mereka yang terlalu tertekan dengan masalah tersebut. Disebabkan tekanan di fikiran mereka, mereka lupa akan keburukkan mengambil dadah. Kebanyakkan di antara mereka akan ke pangkal jalan yang benar jikalau masalah tersebut telah diselesaikan dan mereka tidak lagi dalam keadaan kebingunan.
Oleh itu, saya rasa masyarakat dan ahli keluarga harus memberi merka peluang kerana mereka kadang kala terjeremus ke dalam dadah tanpa mereka menyedarinya. Mereka selalu sedar apabila keadaan sudah terlambat dan mereka pun telah kemaruk. Mereka tidak dapat hidup tanpa dadah. Kita harus memberi merka peluang untuk memulihkan keyakinan mereka yang telah di isi dengan sebuah titik hitam di sejarah kehidupan mereka. jika kita tidak mahu bersimpati dengan mereka juga, kita harus memikirkan tentang ahli keluarga mereka. Mereka tidak bersalah. Jika si penagih dadah yang menguruskan keluarganya, sudah tentu keadaan keluarga tersebut tidak tentu arah. selain itu, mereka masih berpotensi untuk memajukan negara jika mereka benar-benar insaf apabila kita memberi peluang, kerana masa hadapan meraka masih cerah oleh sebab mereka dapat menambahkan ilmu mereka di sekolah. mereka tetap ahli masyarakat kita juga dan kita harus memaafkan kesalahan meraka kerana tidak semua manusia itu sempurna. Tajuk ' penagih lupa tongkat' ini bermaksud seorang bekas penagih yang melupakan seseorang yang cuba membimbing mereka ke pangkal jalan yang benar. "tongkat" disini bermaksud kepada seseorang itu. Bekas penagih dadah tersebut lupa akan jasa seseorang itu dan akan kembali ke tabiat buruknya untuk mengambil dadah walaupun telah dibimbing. Perbuatan mereka ini ibarat 'kacang melupakan kulit".






[[Trapped Behind The Windows]]*|7:27 PM|

|

Sunday, February 19, 2006

[[Dengarlah rintihanku ini!]]

Nama saya diyana nur farisha
Kamu juga boleh memanggil risha
Saya berasal dari Singapura
Sebuah negara yang bersejarah

Jumlah anggota keluarga saya
Lima orang semuanya
Saya ini anak ketiga
Juga dikenali sebagai anak bongsu
Saya ini juga seorang ulat buku

Saya dilahirkan di hospital kandang kerbau pada tanggal 23 may 1991 pada waktu dinihari. Saya ini anak bongsu. Saya sering sekali di manjakan.Saya ini berketurunan Cina campur Melayu.Saya suka akan darah kacukan saya.Yang menariknya,nenek disebelah bapa saya bernama Latifah Lee.

Kokurikulum saya di sekolah menengah Junyuan adalah Pasukan Kadet Kebangsaan. Saya kini berpangkat "Lance Corporal". Tidak sabar rasanya saya untuk meraih pangkat-pangkat yang lebih tinggi.

Hobi saya adalah melukis. Selain itu, saya juga suka mereka puisi saya sendiri. Saya gemar membaca sastera inggeris dan kadang kala novela melayu. Saya juga amat terpegun dengan keindahan alam. Jika saya mempunyai masa lapang, saya akan mendongak ke langit untuk melihat awan pada waktu siang. Pada waktu malam pula, saya suka melihat bintang-bintang. Saya ingin mengkaji tentang alam apabila saya dewasa nanti.

Saya mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang doktor. Saya ingin membantu orang ramai jika mereka diserangi penyakit. Jika saya berhasil untuk menjadi seorang doktor yang terkenal, sudah tentu saya akan mengharumkan nama negara. Selain itu, saya juga ingin menjelajah seluruh dunia. Saya mempunyai impian ini sejak dahulu lagi.

kini, anda telah mengetahui sedikit sebanyak tentang diri latar belakang saya. Saya harap saya dapat mengenal anda semua juga. Sekian, terima kasih.

[[Trapped Behind The Windows]]*|7:39 PM|

|

Friday, February 10, 2006

[[Dengarlah rintihanku ini!]]

Ini adalah diari maya saya yang kedua. Namun, ia yang pertama untuk bahasa melayu. Saya harap diari maya saya ini akan menghiburkan anda semua. Untuk pengetahuan anda semua, lelaman bhasa inggeris saya adalah http://pit-stop.blogspot.com

[[Trapped Behind The Windows]]*|5:11 AM|

*Memperkenalkan*

Name:Diyana NurFarisha
Bdae:23rd May 1991
Nicks:shasha/risha
Skool:ex-evps,jyss
Contact:***********

*Memoriku yang terindah*

|February 2006|April 2006

*Rintihan kita*

*Kenalanku*

mr jae.
3e3.
kent.
diyana.
elson.
amanda.
fadhil.
faiz.
fatin.
gladys.
izwan.
Farah.
de li.
jing xin.
kay xian.
mei yi.
monica.
pearl an.
raihanah.
ranson.
ron.
ronney.
see wee.
samantha.
shu mei.
stacey.
su hui.
wei ling.
xue lian.
yan hao.
yong keong.
ananda.
sharifah naseha.
syaza ncc.
clarrissa.
desi.
axt.
eunice
shamzikky.
ria.
tiffany.
sharfirin.
li qiang.
priscilla.
grace.
shaun.
syaza.
sarena.
jamilah.
felina.
2E1.
ndiy.
tya.
candy.
delaila.
yusneeta.
Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com

[[*Credits*]]

|Ev0nE's World Of Emptyness|
|Ev0nE's Fairyland|
|Ev0nE's Tutorials|
|Blogskins|
|Blogger|

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com